Tuesday, November 2, 2010

Bicara Jiwa Merdeka Azmin Ali 1999

Kita mendukung reformasi berdasarkan keyakinan dan ' conviction ' yang membawa kita kepada keberanian.kita tidak perlu menunggu orang lain dan kita jangan gundah gulana kalau ada sekelompok kecil yang tidak mahu bersama kerana kita yakin ribuan orang lain masih mendukong kita kerana kecintaan kepada KEADILAN dan kebencian mereka kepada kezaliman.

Rakyat Malaysia menzahirkan sokongan kepada KEADILAN kerana yakin kewibawaan dan kesepakatan Barisan Altenatif lebih terjamin.Kerjasama yang terjalin semakin mantap lama sebelum pilihanraya dengan isu keadilan,keganasan,polis,kebebasan kehakiman dan rasuah.Suara pemerintah yang mendakwa Pakatan Rakyat sebagai gabungan yang rapuh menjelang pilihanraya sebenarnya adalah suara-suara yang bankrap fikrah dan cuba mendamaikan perasaan mereka sendiri yang semakin cemas dan tertekan dengan kebangkitan umat untuk melakukan perubahan " Suara Rakyat Suara Keramat ".Rakyat juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta sejarah kelahiran fajar baru politik Malaysia.

Sumbangan besar Saudara Anwar Ibrahim untuk rakyat dan negara ialah kekuatannya berdepan dengan pemerintah yang zalim sehingga tercetusnya semangat reformasi di kalangan rakyat ekoran tekanan jiwa yang hebat,keberangan dan keradangan terhadap pemerintah yang rakus dan zalim.Saudara Anwar Ibrahim
" membayar harga yang mahal " untuk perjuangan ini yang terpaksa bertarung bukan sahaja soal politik tetapi soal nyawa dan keselamatan dirinya sehingga isteri,anak-anak dan keluarga menanggung kesengsaraan akibat sengketa politik yang sungguh kejam,tanpa belas kasihan dan tanpa jaminan keadilan.

Rakyat pelbagai kaum dan suku kaum juga semakin tertekan dan lemas dengan sandiwara,kepura-puraan serta sikap anarkis pemerintah.Rakyat sudah jijik dan menolak pimpinan yang angkuh,tamak dan asyik bermegah-megah dan mahu didewa-dewakan.Rakyat menolak propaganda murahan dan fitnah jahat Barisan Nasional yang didendangkan oleh media yang dikuasai oleh saudagar-saudagar kaya milik kroni pemerintah hari ini.

Jangan kita rosakan perjuangan murni Barisan Altenatif  yang bakal meruntuhkan kezaliman dan menegakan keadilan yang mencangkupi isu keadilan sejagat,pengagihan ekonomi yang adil,memuliakan agama dan ulama',menetang rasuah , kronisme dan nepotisme.Pimpinan Barisan Altenatif bertekad dan beristiqomah untuk membawa rakyat " Ke Arah Malaysia yang Adil  ". tema manifesto bersama Barisan Altenatif.Bersama kita pertahankan perjuangan ini.

Inilah satu-satunya peluang menjelang alaf baru untuk kita membuat perubahan dan mungkin peluang ini tidak timbul lagi pada setiap generasi.Ini adalah " pilihanraya Rakyat " menetang Barisan Nasional / UMNO , perjuangan antara kebenaran dan kebatilan bukan pertembunagn peribadi.Jangan salah pilih ! Bersama kita melangkah menuju alaf baru dengan semangat baru yang bermula dari diri kita dan keluarga kita dan bersama kita nobatkan penubuhan kerajaan baru Barisan Altenatif dalam pilihanraya ke-10 ini.

Selamat berjuang , Salam reformasi..!!!


BICARA AZMIN ALI
MANIFESTO PRU-10 1999

note * Barisan Altenatif merupakan nama gabungan antara PKN,PRM,PAS dan DAP pada sekitar tahun 1999 - sehingga 2001 dan kemudian Barisan Altenatif digantikan dengan Pakatan Rakyat kesinambungan untuk pergabungan antara PKR,DAP dan PAS.

No comments:

Post a Comment